Dari perspektif yang berbeza, saya agak sedih juga kerana tafsiran ini mengambarkan betapa majoriti rakyat malaysia ini tidak berjiwa cintakan negara apabila tidak mempamerkan sokongan kepada pasukan sendiri sebaliknya meraikan gol ke gawang sendiri. Cuba anda teliti, mengapa stadium Nasional Bukit Jalil dimerahkan oleh rakyat Malaysia, malah menyala nyala sewaktu perlawanan persahabatan antara Malaysia Allstar menentang Manchester United berlansung.?.Cuba anda renungkan mengapa mereka semua bersorak bila minit ke-9, Wayne Rooney mencetak gol pertama MU... mengapa.?.
Jikalau dari satu sudut yang lain, bila Mohd. Amri Yahyah menjaringkan gol dari satu sepakan yang memerangkap Edwin van der Sar, siapa kata rakyat Malaysia tidak bersorak...Nah, kata mereka..."Sekurang kurangnya beliau memberikan sedikit petunjuk kepada apa yang kami harapkan"...Sebab itu bila Malaysia kalah dengan 3-2 kepada Manchester United mengundang rasa bangga sekali pun title nya itu "tewas". saya kira jikalau kita seri 3-3 kepada MU mungkin ada yang terkedu melihat baju merah baju merah sekalian stadium itu menari dan meloncat loncat keriangan...Bukan meraikan kemenangan, tapi meraikan suatu permulaan buat wira wira harapan mereka yang sejak hampir 4 dekat lamanya mempamerkan kekecewaan kepada mereka...anda semua renung renungkan..
Dalam pada itu, saya sendiri yang merencana untuk menonton secara live pasukan MU beraksi akhirnya terpaksa akur bila pasukan saya juga telah menetapkan perlawanan persahabatan menentang Universiti Putra Malaysia pada tarikh yang sama. Tapi yang nih bertikam lidah(Debat) bukan berebut bola. Aku terpaksa memberikan komitmen disebabkan tinggal seminggu lagi Debat berprestij "Debat Alam Sekitar 2009" bakal berlansung. Setidak tidaknya aku dah target tiket yang 60> ringgit tu pun jadi lar..haha..Bila menyebut pasukan MU nih ada sesuatu yang terlintas dalam ingatan..Tidak mengapalah, biarkan berlalu...
Pun begitu, perlawanan kedua Malaysia - MU...Aku tetap mahu pergi, maka dengan tidak malunya aku mengajak kawan sorang nih nak pegi tonton memandangkan aku melihat beliau agak fanatik terhadap sukan bola sepak..Malangnya, juga tidak dapat..Ada ada jek halangan dia nih..Hal "bini" la tu kot.?.haha..Disebabkan transport tak de, jadi kehadiran dia nih agaak penting la untuk aku kesana...
Kesimpulannya, tahniah buat malaysia atas "KEJAYAAN" dalam kedua dua perlawanan tersebut...Teruskan perjuangan Malaysia, bukan setakat pemain, tetapi juga diperingkat pengurusan..Dalam entri ini juga aku mengesahkan kehadiran aku dalam pasukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM ke Debat Alam Sekitar 2009 di Universiti Teknologi Petronas...Jumpa disana...






